3 ‘BIG WHY’ Kenapa Kempen Produk Launching Penting!

Tak kisah lah kempen product launching atau pun brand launching dua-dua kempen ni memang memainkan peranan yang sama-sama. Untuk produk baru kempen launching ni memang penting untuk pastikan produk atau brand tersebut berjaya and dapat grab attention orang ramai.

Sebenarnya kalau korang tanya semua founder bisnes yang ada, salah satu kempen yang boleh naikkan produk atau brand diorang ni sebenarnya datang daripada kempen launching. Disebabkan itu lah, kalau korang perasan founder buat kempen launching mesti diorang akan buat besar-besaran marketing strategi diorang  tu.

Memang korang semua dah tahu yang kempen launching ni memang penting, tetapi zaman sekarang ni banyak dah founder atau business owner dah mula pandang ringan untuk kempen launching. Mungkin bagi diorang kempen ni tak membantu sangat. Tetapi sebenarnya ia membantu je mungkin ada beberapa cara marketing korang yang slack sikit.

SO, nak tahu kenapa kempen launching ni penting lagi-lagi dalam dunia bisnes? Here you go! Boleh baca artikel penuh di bawah.Semak imbas Kacamata tajaan rakan kongsi kami, dengan pelbagai pilihan untuk memenuhi setiap citarasa dan bajet, tersedia untuk dibeli dalam talian

1. Naikkan ‘revenue’

Kebiasaannya bila kempen launching bisnes korang dah berjaya, banyak je benefit yang korang boleh dapat dan salah satunya kornag boleh dapat banyak revenue, dapat banyak hasil gitu.

Sebab apa? Bila kempen launching dah berjaya jadi dia akan bagi kesan yang baik jugak pada sales dan sebenarnya boleh tamping balik kos yang korang dah keluar untuk launching tu. Lagi-lagi kalau korang memang keluarkan produk yang orang  ramai perlukan mesti sales korang akan sentiasa konsisten setiap tahun.

2. Reputasi bisnes makin bagus

Bila dah buat kempen launching ni, biasanya korang akan dapat  feedback atau review daripada artis atau influencer yang korang dah hantar PR package tu kan? Jadi bila dah ada good review sebenarnya diorang dalam tak sedar sebenarnya dah racun followers diorang untuk guna produk tu.

Basically, media sosial ni memang salah satu platform yang paling bagus lah kalau korang nak mula buat kempen launching. Bila korang dapat build trust dekat potential buyer nanti sebenarnya lagi senang orang nak beli.

3. Gain attention daripada target audience

Selalunya any  kempen yang korang buat, especially launching campaign memang akan dapat attention daripad orang ramai. Lagi-lagi bila korang dah mula hantar PR package dekat semua influencer, ada press release daripada situ orang ramai akan tahu tentang produk dan brand korang tu sendiri. Bila dapat gain attention daripada audience, korang akan dapat customer punya database dan boleh generate lebih banyak sales.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top