Sejak je pandemik Covid-19 ni industri bisnes lah yang terpaling terkesan. Memang terlalu banyak turun naik. Paling ketara pada zaman awal pandemik haritu awal tahun 2020. Mesti korang perasan terlalu banyak syarikat yang terpaksa tutup or diorang memang betul-betul muflis sebab dah tak mampu nak survive. Disebabkan itu lah setiap tahun, semua syarikat yang buat bisnes ni kena ada strategi untuk ‘level-up’ kan syarikat diorang.
Kebiasaannya banyak syarikat yang mula buat strategi dari hujung tahun. Untuk dijalankan pada awal tahun baru tu iaitu start daripada bulan Januari. Tetapi korang tak boleh expect jugak semua plan dan strategi yang korang buat untuk mula daripada bulan Januari tu tak akan berubah.
Sebenarnya bila-bila masa je apa yang korang plan boleh berubah. Salah satu contohnya, macam tiba-tiba negara kita kena total lockdown. Tak pasal-pasal semua strategi bisnes yang syarikat dekat luar sana tu buat hancur macam tu je.
Apa pun strategi yang korang buat kena sentiasa pastikan untuk ada back up plan, supaya korang boleh mentally ready dengan apa je cabaran dan halangan yang mendatang.
Memandangkan kita pun dah nak masuk tahun 2022, apa yang korang nak sangat capai untuk next year? Bisnes 1 juta? Jadi syarikat yang paling well-known dalam Malaysia? Mesti lah macam-macam yang korang nak betul tak?
Tetapi korang jangan risau, masih ada beberapa hari lagi yang korang boleh buat untuk achieve target tu. Caranya mudah je, follow je cara-cara di bawah ni.
1. Keep Up Dengan Algorithm Media Sosial
Media sosial ni antara platform yang paling berkembang pesat untuk zaman sekarang. Kalau konsisten buat content lagi lah cepat boleh grow. Majority orang di Malaysia ni memang gunakan media sosial untuk semua benda. Daripada shopping sampai lah untuk selesaikan urusan yang penting.
Bila dah ramai orang guna, media sosial punya algorithm pun cepat berubah. Percaya lah kalau korang rasa algorithm Tik Tok tahun ni untuk cepat naik FYP adalah dengan guna hashtag atau lagu yang trending. Tetapi sebenarnya tak semestinya algorithm ni akan tetap sama. Kena rajin explore.
2. Think Global, Bisnes Stay Lokal
Walaupun think global but korang still kena stay local. Walaupun sekarang still musim Covid-19, boleh je kalau korang nak ada plan untuk expand bisnes ke tahap global, which is ke negara lain.
Boleh je kalau tu salah satu strategi bisnes tahun 2022 korang untuk expand bisnes. Tetapi korang still kena fikir dan jaga existing local customer. Please make sure korang punya strategi bisnes untuk next year, mencerminkan ‘think global’ dan selagi ada potential customer, kekalkan untuk nasib company in the future.
3. Increase Customer Experience
Nak tahu sesuatu brand tu berjaya atau tak adalah bila diorang dapat faham dan improve diorang punya customer experience dari segi semua sudut. Tak kira lah dari segi customer service, problem solving products atau pun faham masalah dan permintaan customer.
Kalau korang nak reach out dekat wide range of customer secara efektif dan jimat kos, cara yang betul adalah korang as business owner, kena faham segmen-segmen pelanggan. Korang kena bahagikan setiap customer ni dalam segmen yang berbeza supaya senang untuk korang target setiap potential customer yang ada tu.