Selalunya bila cakap pasal kepen launching ni orang mesti akan look up pada brand Apple, sebab setiap tahun bila tiap kali Apple keluarkan produk baru dah sah-sah lah beratus ribu produk diorang terjual walaupun dalam masa sehari. Lepas je Apple dah announce nak keluarkan produk baru sampai ada yang terus beratur depan store dekat seluruh negara. Ha website Apple pun jangan cakap lah memang stuck terus. Jadi sebenarnya apa strategi yang Apple buat sampai kempen launching diorang ni berkesan dan berjaya?
Biasanya setiap bisnes yang ada dalam Malaysia ni, founder kalau boleh memang nak manfaatkan sehabis boleh dekat semua duit-duit yang diorang keluarkan, tapi biasanya tak semua bisnes ni dapat outcome yang gempak macam mana yang Apple dapat. Betul tak? Lagi-lagi bila korang nak launching kempen atau produk baru, mesti banyak je cabaran yang korang terpaksa lalui.
Kalau still tak ada idea macam mana nak bagi kempen launching korang betul-betul berkesan, boleh baca artikel di bawah ni.
1. Buat teaser di media sosial
Sebelum nak share dekat orang ramai apa kempen yang korang nak buat, kena lah bagi teaser sikit dekat target audience bagi diorang rasa curious nak tahu apa yang korang nak launch. Launch dekat semua platform media sosial pun memang dah cukup ngam untuk reach dekat larger audience.
Sebenarnya teaser dekat media sosial ni untuk korang tarik sebanyak mana attention yang korang boleh dapat daripada target audience.
2. Influencer marketing
Biasanya semua pengguna dekat media sosial ni diorang akan fall at first sight, bila dia tengok orang tu pakai cantik ke makan sedap ke dan mula lah diorang terasa nak beli jugak benda yang sama. Disebabkan itu lah influencer marketing ni sebenarnya diorang boleh tarik 80% audience ada rasa minat dekat produk yang diorang dah promote tu.
Korang boleh guna influencer ni untuk buat honest review untuk produk korang, sama ada dalam video based atau written based. Kalau boleh try to balance kan untuk cari influence yang boleh buat dua-dua jenis review tu.
3. Pre-order
Biasanya bila bisnes korang dah ada loyal customer, diorang akan jadi orang yang pertama untuk beli produk tu sebab diorang risau sold out. Kalau korang tengok macam tudung yang Fazura jual baru je beberapa minit dia jual ha terus sold out. Jadi boleh una strategi untuk ambil pre-order supaya ada win-win situation untuk customer dan juga seller.
Bila dah ada pre-order basis ni biasanya customer akan rasa selamat sebab diorang dah pre-order awal dan tak akan ada isu tak sempat nak beli atau pun terpaksa berebut nak beli dan seller jugak boleh tahu dah berapa amount yang diorang patut keluarkan supaya boleh fullfil demand buyers.