Seperti yang semua tahu, zaman sekarang ni memang kebanyakan brands akan bagi sepenuh perhatian untuk kempen launching di media sosial. Apa-apa promotion pun sekarang ni semua jenama besar mahupun kecil akan fokus pada media sosial punya kempen sahaja.
Boleh dikatakan media sosial ni memang menjadi tempat no. 1 untuk semua brand dan jenama yang terkemuka ni untuk engage dan communicate dengan diorang punya customer serta potential buyers. Customer sekarang ni pun pandai, sebelum diorang nak beli daripada mana-mana jenama mesti diorang akan tengok feedback yang ada dalam platform media sosial jenama tu dulu.
Disebabkan itu lah semua kempen yang korang lakukan ni kena berhasil untuk pastikan lebih ramai lagi orang yang boleh percaya dan beli daripada jenama korang. Kebiasaannya bila diorang dah trust dan rasa selesa dengan jenama tu mesti diorang akan mula promote dekat orang-orang yang terdekat contohnya macam family atau pun member-member.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa kempen di media sosial yang dah berjaya dan boleh korang refer untuk jadikan inspirasi!
Let’s gooooo!
Campaign #ShotOnIphone (Apple)
Siapa je yang tak kena jenama Apple dan salah satu hashtag famous daripada Apple adalah #ShotOnIphone. Korang perasan tak kalau ada sesiapa yang tangkap gambar guna iPhone mesti kan letak #ShotOnIphone?
Specialty Apple lebih kepada kamera jadi bila ada Apple user yang letak hahtag tu bila post, nanti Apple akan pilih yang paling cantik untuk featured dalam diorang punya platform. Kenapa kempen #ShotOnIphone berjaya? Kalau korang tekan hashtag tu, boleh nampak lebih daripada 21.5 juta posting. Fuh!
Apple punya hashtag ni termasuk brand mereka sendiri, daripada situ je boleh tunjukkan yang sebenarnya outcome kamera diorang memang betul-betul gempak! Diorang sebenarnya dapat show off dekat audience dan competitors diorang sendiri yang hanya guna kamera Iphone je tetapi outcome macam guna DSLR.
#NoDigitalDistortion (Dove)
Sejak daripada 15 tahun yang lalu lagi Dove ni antara brand sellalu terima kecaman. Ada je media dan orang ramai yang cuba jatuhkan jenama Dove. Biasanya kecaman yang diorang terima orang claim gambar diorang ni ada image manipulation, guna Photoshop dan banyak jugak berita yang buruk media keluarkan.
Jadi sebenarnya kempen #NoDigitalDistortion ni sebenarnya pihak Dove ni nak backup diorang punya imej dan tunjuk dekat orang ramai untuk gain trust daripada diorang yang apa yang ditunjukkan Dove selama ni dan jugak sekarang semua tu Real dan bukan Fake.
Dove sebenarnya dah gunakan hashtag untuk tunjukkan yang gambar perempuan yang diorang guna kan untuk branding tu semua bukan digital dan memang 100% gambar yang real dan tak di-edit.
Campaign Share a coke.. (Coca Cola)
Kempen Coca Cola yang ‘Share A Coke’ ni sebenarnya mula tahun 2011. Kempen ni first time launching dekat Australia, lepas tu ia berkembang sampai lah masuk ke Malaysia.
Kempen ni dia buat sebab Coke keluarkan botol kaca klassik dengan ada label share a coke‘ dan sebenarnya kempen diorang tu memang disambut baik. Mungkin ramai orang rasa menarik sebab biasanya coke dalam tin besi, dan sekarang dalam botol kaca yang klassik.
Kempen ni dapat sambutan sampai lah negara lain pun tiru termasuk lah Malaysia dan juga China. Siap boleh letak nama lagu pada botol kaca tu. Ada lagi tak yang simpan coke tu?