Design untuk logo ni kalau korang nak tahu, ia merupakan salah satu benda terpenting kalau nak launch brand. Lagi-lagi kalau korang adalah start-up bisnes. Logo ni lah yang melambangkan korang punya brand dan juga company dan disebabkan tu lah orang hire graphic designer untuk membuat logo yang boleh attract potential buyer.
Nak buat logo untuk brand ni boleh dikatakan susah lah jugak dan perlukan orang yang kreatif untuk reka logo yang cantik. Kalau logo korang gempak dia boleh bagi benefit untuk branding korang samada daripada logo tersebutboleh attract banyak customer ke kan. Walaupun nampak je logo tu kecil sebenarnya boleh bawak kesan yang banyak untuk brand korang.
Macam Nak Cari Idea Buat Logo?
1. Jangan malas untuk buat research
Bagi nak mudahkan kerja korang untuk buat logo memandangkan logo untuk brand ni benda yang penting, korang kena rajin buat research. Kalau brand korang dalam industri fashion, korang boleh buat research dan survey tengok brand lain yang dalam industri yang sama tengok macam mana logo yang diorang selalu buat.
Lepas dah buat research dan survey korang boleh mark kan logo jenis mana yang korang minat dan tak minat langsung. Jadi, bila korang dah tahu apa minat korang untuk logo jadi akan mudahkan kerja korang dan boleh elakkan buat logo yang korang tak minat tu.
2. ‘Inspiration’ dalam Canva
Bila dah buat research dan survey tu korang mesti lah nak ada inspiration untuk mula buat design kan? Sebenarnya korang boleh je nak dapatkan inspiration tu dekat mana-mana tetapi kalau korang cari dekat Canva lagi senang. Dekat Canva untuk create logo untuk brand, dah ada beribu templates yang korang boleh gunakan. (https://www.canva.com/logos/)
Kalau korang jenis malas nak edit pening kepala boleh je straight guna template logo yang dah ada tu cuma ubah jenama je. Tetapi kalau korang jenis rajin dan nak ada logo yang extra sikit untuk brand korang, boleh la ambil idea daripada template yang Canva dah sediakan tu atau pun gabungkan je dengan design yang lain.
3. Ada identiti dan orginality
Nak pastikan logo brand korang menyerlah daripada yang lain, mestilah korang kena create kan satu logo yang tak sama dengan brand lain. Baru lah ada nampak identiti dan originality brand korang. Jadi untuk membezakan logo brand korang dengan yang lain, korang kena tanya diri korang sendiri beberapa soalan macam di bawah ni.
Kalau korang boleh jawab semestinya korang boleh create kan satu logo yang lain daripada lain.
l Apa strength brand korang?
l Apa kelebihan produk atau servis korang daripa brand lain?
l Macam mana korang describe brand korang dalam 3 perkataan.
l Achievement yang korang pernah dapat?
Ha soalan-soalan macam ni sebenarnya membantu untuk korang buat logo tu, sebab bila korang dah clear dengan objektif dan macam mana logo yang korang nak nanti dia akan mudahkan lagi kerja korang untuk dapat idea buat logo.
4. Pilih warna yang trendy
Warna logo brand korang akan tentukan untuk tarik attention potential buyer supaya boleh reach out pada brand korang dan ada strength untuk tarik orang ramai beli daripada brand tu sendiri.
Sebab apa? Sebab faktor warna ni sebenarnya boleh buat connect dengan emosi dan akan bagi banyak makna yang mendalam. Jadi, bila korang gunakan logo dengan warna tersebut secara konsisten, ia sebenarnya dapat naikkan branding korang hingga 80%.