Realiti dalam dunia bisnes ni hari demi hari korang kena try hard untuk stand out daripada bisnes lain yang ada, which is your competitors. Sekarang ni dah makin banyak company dan pilihan yang ada. Korang punya potential customer pun ada banyak pilihan jenama yang diorang boleh pilih untuk satu produk tu.
Jadi, tak semestinya apa yang korang jual tu memang 100% lain daripada orang lain. Memang korang punya produk tu je lah satu dalam dunia ni. Mustahil. Kalau korang jual skincare, banyak je probability yang brand lain jual ingredients hampir sama dengan apa yang korang market kan.
Korang rasa macam mana nak buat orang beli produk korang, nak bagi bisnes korang sendiri ni stand out daripada company lain yang ada dalam noisy world ni?
Nak tak nak korang kena try harder untuk attract attention potential customer. Benda ni akan berjaya bila korang dapat grab attention potential customer untuk beli daripada korang dan bukan competitors walaupun harga produk tu tak jauh beza.
Of course lah marketing effort dan marketing budget korang akan menaik. Ye lah, sebab nak bagi exposure dekat orang ramai supaya diorang aware tentang apa yang korang jual. Selalunya customer ni pandai diorang akan main harga jualan produk tu dengan competitors. Kalau korang sanggup, mungkin korang kena ada ‘price war’ dengan competitors brand lain.
Jadi, korang boleh cuba tips ni, baru lah customer nampak value daripada apa yang korang jual tu.
1. Narrow kan niche produk
Sebenanya lagi narrow niche produk korang and hanya fokus dekat satu benda tu, lagi unik dan mudah korang nak stand out daripada brand lain. Bila niche korang dah makin kecik, sebenarnya korang boleh improve kan produk korang lagi mudah. Kalau korang jenis nak cuba semua benda, itu lah yang buat nampak korang tak unik dan sama je dengan brand lain.
Cuba korang fikir balik tengok big brands macam Coca-Cola, niche dia memang narrow habis kan? Dia hanya focus dengan carbonated drinks dia je.
Orang ramai pun kalau nak beli air gas mesti nak beli yang tin merah which is Coca-cola. Cuba kalau tiba-tiba Coca-cola jual air buah. Nampak pelik kan? Sebab tu la keunikan Coca-Cola ni hanya relates dengan carbonated drinks.
2. Jual brand, bukan produk supaya bisnes lebih stand out
Jual produk, semua orang boleh menjual. Kalau suruh budak kecil jual produk pun diorang boleh. Apa yang kurangnya sekarang adalah tak ramai yang fokuskan untuk jual brand. Jual brand ni sebenarnya lagi penting daripada korang jual produk.
Jual brand ni sebenarnya target dia adalah untuk orang ingat brand korang kalau nak beli sesuatu, sebab tu lah tagline brand korang pun penting untuk deliver dekat potential customer. So that diorang tahu apa yang korang cuba nak bantu daripada produk yang korang jual tu.
3. Improve customer experience
Normally apa yang buatkan customer tu untuk pilih certain brand adalah bila diorang dapat gain experience yang bagus daripada brand tu. Itu lah yang boleh buatkan diorang nak repeat dan suggestkan brand korang dekat orang lain. First of all, korang sebagai penjual kena tahu apa yang sebenarnya customer nak.
Kalau your product bertujuan untuk selesaikan masalah, jadi korang kena tahu lah dan buat research sikit macam mana produk tu boleh bantu untuk selesaikan masalah yang diorang hadapi. Kalau korang tak tahu apa masalah dan solution tu macam mana customer nak beli kan? Kena buat diorang trust.