Salah satu sebab kenapa founders dan business owner sanggup letak banyak efforts untuk marketing campaign atau launching campaign, ni adalah salah satu cara utama untuk brand tu boleh communicate dan lebih kenal dengan diorang punya target audience. Bukan tu je daripada situ je diorang dapat leads yand lebih banyak. Jadi, bila nak buat kempen launching ni rasa-rasa boleh ke guna material yang lama?
Bila nak buat marketing campaign ni nampak je mudah. Orang luar cakap senang boleh lah tetapi mereka mungkin tak tahu berapa jenis strategi yang kita perlu plan dan fikirkan untuk jalankan sesebuah kempen. Dari awal memang perlukan banyak masa, effort, satu team yang sanggup bekerjasama dan ada awareness yang kita boleh tunjukkan dalam kempen launching tu.
Ingat buat kempen ni semua tak ada risiko ke? Mesti lah ada. Semua benda yang korang buat mesti akan ada risiko. Kalau silap langkah atau silap cara kita buat kempen tu ha nanti mula lah korang akan dapat feedback daripada orang ramai yang sebenarnya boleh jatuhkan nama brand korang.
Ada sesetengah brand memang suka nampak kempen launching dia lebih gempak daripada brand lain tetapi mungkin dia pun tak berapa sedar apa outcome yang dia boleh dapat sekiranya tersalah langkah ni. Selalunya kalau orang buat kempen launching mesti diorang akan guna material yang baru kan?
Sebenarnya kalau korang nak guna material lama untuk kempen launching boleh je memang tak salah TETAPI korang ke fikir juga, tujuan kita buat kempen launching ni adalah untuk tarik perhatian orang ramai supaya lebih tertarik dan membel produk kita kan. Kalau dia dah nampak korang guna material yang lama, rasa-rasa diorang akan daat perhatian ke tak?
Mestilah TAK. Sebab apa? Sebab diorang tak rasa benda tu baru dan perlu di beli atau di tengok, dan boleh jadi jugak diorang akan rasa bosan bila tengok benda yang sama. Lets say, kalau korang nak guna material yang lama, why not korang add some twist.
Enhance kan sikit material yang lama tu untuk jadi lebih wow. Mungkin dengan cara ni sebenarnya boleh tarik lagi banyak perhatian daripada yang korang jangkakan!