Kempen Launching, Salah Satu Investment? Betul Ke?

Setiap kali sebelum nak marketkan produk baru sudah pasti semua founder dan business owner akan mula merancang untuk buat campaign launching. Macam-macam benefits yang mereka boleh dapat sekiranya campaign launching ni berjalan dengan baik. Tetapi rasa-rasa berbaloi atau pun tidak sekiranya invest untuk produk launching secara besar-besaran?

Mungkin ada sesetengah bisnes yang tak berapa nak all out untuk buat kempen launching tetapi ada juga sesetengah founder memang mengambil berat dengan mengutamakan tentang kesemua kempen yang mereka nak jalankan. Persoalannya dekat sini memang betul-betul berbaloi ke kalau nak berhabis duit semat-mata untuk kempen launching?

Biasanya bila ada kempen launching banyak jenama akan gunakan influencer dekat media sosial dan bagi diorang PR package untuk diorang cuba dan bagi honest review tentang produk tu. Tu boleh dikatakan saah satu strategi yang paling ramai orang pakai lah. Mungkin daripada situ sahaja pihak founder sebenarnya dah banyak invest dari segi bagi produk pada influencer. Kalau satu produk RM200 dan bagi pada lebi daripada 20 influncer, totalnya pulak dah berapa kan.

Sebenarnya kempen untuk launching ni meman satu investment untuk pihak jenama tu. Tetapi korang kena tahu yang investment yang dibuat ni sebenarnya akan bagi long term effect pada sales dan juga jenama korang. Kalau korang dapat reach to a wide audience, memang cepat naik lah brand korang. Ha sales tu jangan cakap lah, memang sama-sama naik.Lawati rakan kongsi kami, kasut – pemimpin dalam kasut yang bergaya!

Jadi jangan takut dan berkira-kira sangat untuk invest sedikit pada awal untuk buat kempen launching, sebab dengan strategi yang betul sebenarnya korang boleh dapat outcome yang lebih besar dan banyak daripada apa yang korang investkan tu. Betul tak? Jadi, kalau ada new product yang jenama korang nak keluarkan boleh terus generate idea untuk buat campaign launching okay!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top