marketing tips and tricks 2022

Marketing Tricks 2022, Supaya Bisnes Lagi Meroket!

Untuk marketer, setiap marketing trends korang kena sentiasa ambil tahu. Marketing tips dan tricks tahun lepas tak semestinya masih sama macam marketing untuk tahun 2022. Setiap tahun strategi untuk marketing sentiasa perlu ada penambahbaikan. Nak bisnes lagi meroket? Kena lah tahu aliran marketing untuk 2022.

Tetapi biasanya semua bisnes yang ada sekarang ni, usually mereka akan well known dengan mainstream punya marketing trends je kan dan biasa diorang tak implement strategi marketing tu dengan cara yang baru. Mungkin sesetengah brand atau company tak berapa tahu tentang cara yang baru atau tak berapa nak ackowledge.

Tetapi jangan risau tujuan artikel kali ini adalah untuk bantu you guys untuk mula ikut marketing trips dan tricks 2022. Dah ready guys, lets meroket bisnes sama-sama!

1. Affiliate Program bagi bisnes lagi meroket

Sekarang ni affiliate program, antara program yang tengah meningkat naik kan? Lagi-lagi Shopee affiliate program. Sebenarnya ada banyak benefit yang boleh didapati bila buat affiliate program ni sebab dia boleh influence orang ramai untuk beli produk dan tingkatkan branding dan sale bisnes.

Untuk yang join affiliate programni tak semestinya hanya valid untuk influencer je, orang yang ada followers bawah 1,000 pun boleh untuk join. Lagi ramai yang join, lagi tinggi tahap berjaya korang punya branding. Tetapi korang as business owner, kena tetapkan apa yang affiliates tu dapat daripada purchases link, biasanya dalam bentuk duit.

Jadi apa yang diorang perlu buat, kena creat unique link. Daripada unique link yang public dah purchase produk tu. The affiliates akan dapat reward lagi banyak orang yang beli daripada link tu, lagi banyak lah duit yang diorang dapat. Boleh dah reach certain amount tu, boleh lah diorang keluarkan duit tu. Interesting kan? Korang dapat sale, diorang pun dapat duit!

2. Automated Message DM Instagram

Sama ada akaun bisnes korang mempunyai 100 followers atau pun sampai beratus ribu sekali pun, mesti ada masanya korang memang tak lepas tangan untuk reply dm customer. Ye lah kadangkala customer ni diorang tak kira masa untuk text, pagi buta pun ada je customer yang text. Kalau kita lambat reply, nanti risau dia bagi bad review lah pulak untuk bisnes dah satu hal lah pulak.

Jadi, boleh lah set DM dekat Instagram tu ada automated message, maksudnya bila customer DM nanti automatic akan ada reply. Nanti tak akan ada problem lah untuk customer persoalkan sama ada korang lambat reply ke apa ke kan. Jadi setiap beberapa minit korang tak perlu lagi nak check DM sebab semua jawapan dah ada dalam automated message tu.

3. Create Online Events

Buat program atau event secara atas talian boleh dikatakan salah satu investment lah untuk marketing bisnes korang. Antara online events yang korang boleh buat webinar, seminar, product launching atau pun contest. Cara ni antara trick yang paling bagus lah untuk expand brand bisnes pada potential dan juga existing customer.

Sejak hujung tahun 2021 dan masuk ke tahun baru 2022 dah banyak bisnes, mula untuk buat online event. Ada juga yang collab denga brand lain kan. Sebenarnya ni juga lah salah satu peluang untuk korang gather data tentang orang-orang yang sebenarnya interested pada bisnes korang tu.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *