Poster Launching? Ni Tips Tarik Perhatian Pelanggan

Setiap tahun mesti akan ada new campaign atau pun new product launch kan? Dalam setahun tu biasanya lebih daripada 3 kali mesti akan ada pelbagai jenis launching yang setiap business owner dah plan. Memandangkan raya dah nak dekat ni, mesti lah banyak brand yang tengah planning untuk Raya 2022 punya launching. Betul tak?

Tetapi yang akan menjadi satu beban adalah bila nak fikir tema apa yang sesuai untuk launching, dah fikir tema nak kena create template lah pulak. Ye dak? Template poster ni la elemen paling penting untuk tarik perhatian customeraudience atau pun potential buyers.

Jadi sebelum nak create template tu cuba rewind balik memori korang, fikir balik pernah tak tengok mana-mana poster brand lain yang buat launching dan tema serta template poster brand tu dapat tarik perhatian korang. Tengok balik sisi kreatif dalam setiap poster yang ada tu. Dalam banyak-bayak poster yang ada tu mesti akan ada dua tiga poster yang melekat di hati.

Cuba fikir balik kenapa poster tu boleh tarik perhatian korang sebagai audience, apa yang buatkan poster tu boleh melekat di minda dan hati. Nak buat poster ni walaupun nampak mudah setakat masuk details dalam tu sebenarnya banyak kerja dan elemen yang perlu dititikberatakan lagi-lagi untuk launching.

Jangan risau, dalam artikel kali ini kitorang akan kongsikan tips paling padu dan cara untuk korang boleh hasilkan idea poster yang nampak kreatif dan eye-candy.

1. Mix warna ‘bold’ + poster jenis minimalis

Kebiasaannya warna bold memang senang untuk tarik attention orang ramai, tetapi kalau korang jenis suka main warna bold dalam template poster kena pastikan yang background poster tersebut jenis simple.

Jenis simple ni lebih kepada minimalis yang tak terlalu crowded, lagi bagus kalau background poster tersebut tak ada banyak elemen design yang lain. Cukup sahaja bermain dengan warna font dan juga design untuk font. Kalau nak lagi cantik boleh add texture pada background.

2. Custom ‘icon’ design sendiri

Biasalah ada hari kita akan ada banyak idea untuk design poster dan hari lain pulak mesti rasa lost sampai dah tak tahu dah nak create design macam mana. Kalau korang yang biasa edit poster ni mesti tahu betapa susahnya nak cari ikon yang bersesuaian dengan design. Bila dah jumpa yang sesuai tu mula lah kena bayar lah pulak kalau nak download.

Macam-macam hal lah kan. Lets say kalau korang ada masalah untuk cari icon, boleh je korang create custom icon sendiri sebab korang boleh gunakan icon tu berkali-kali. Kalau nak cari idea untuk create custom icon boleh refer dekat Pinterest atau di laman web Vennage.

3. Dua ton (two-tone) warna untuk tajuk poster launching

Cara paling mudah dan padu untuk bagi poster korang nampak menarik dan tak nampak membosankan boleh main dengan dua tone colour untuk tajuk poster tu. Bila korang main dengan dua warna yang kontra, automatik poster terus nampak menarik.

Contohnya, kalau tajuk poster ‘Raya Launching’. Boleh buat perkataan ‘Raya’ warna lain dan ‘Launching’ tu pula warna yang lebih bold dan kontra daripada raya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *