Mentally drained ni selalunya jadi bila korang dah terlalu penuh dengan kerja, lama bukan badan je jadi penat tetapi otak pun rasa penat. Tak kisah lah sama ada korang adalah salah seorang founder atau usahawan bisnes yang besar dan kecil sekali pun korang mesti pernah lalui dan faham perasaan mentally drained ni.
Bila dah terlalu banyak habiskan masa dan tenaga korang dengan bisnes dan kerja je setiap hari, sebab tu lah orang sekarang cepat alami mentally drained ni. Lagi-lagi kalau korang punya bisnes ni online dan jugak essential memang all the time lah customerakan cari tak kira waktu.
So, persoalannya dekat sini untuk usahawan di luar sana rasanya what is the best way yang korang boleh buat untuk atasi masalah ni?
1. Masa tidur yang betul untuk atasi masalah mentally drained
Cara ni nampak cliche tapi it works! Bila dah rasa mentally drained tu pastikan korang ada masa tidur yang cukup, kalau boleh lebihkan masa tidur daripada masa untuk membuat kerja. Kalau boleh beberapa jam sebelum nak tidur tu elakkan daripada minum kopi untuk korang dapat waktu tidur yang berkualiti. Baru lah boleh bantu hilangkan stress.
Tidur satu hal, kebersihan pun memang patut jaga lagi-lagi di kawasan tempat tidur korang. Kalau boleh tidur dalam masa yang mencukupi dalam 8 jam. Cuba untuk tidur awal setiap hari jangan terlalu overloaddengan kerja supaya untuk elakkan stress halang masa tidur.
2. Brisk Walk
Bila dah terlalu sibuk dengan bisnes, faham je kadangkala memang tak ada masa nak pergi bersukan atau pun melakukan exercise. Kalau memang dah tak ada masa untuk exercise, buat brisk walking pun dah mencukupi. Sekarang kan semua pakai smartphone, dekat phone tu pun dah boleh detect berapa steps korang untuk setiap hari.
Langkah yang paling terbaik untuk korang adalah sekurang-kurangnya 10,000 steps sehari. Anggaran kalau korang berjalan satu batu tu 2,000 steps untuk 10,000 steps ni kena berjalan lebih kurang 5 batu. Ni tak semestinya korang kena berjalan ada tujuan, ni ronda-ronda jalan kaki dekat office atau pun luar dan dalam rumah pun boleh.
Bila dah berjalan ni sebenarnya boleh bantu untuk kurangkan stress dan lupa sikit segala masalah yang korang go through tu. Lebih baik daripada mata tu asyik menghadapa PC je.
3.‘Me time‘ seminggu sekali
Dah penat bekerja setiap hari, badan dan otak dah penat. Kena lah juga ada masa sendiri dan berehat daripada buat kerja. Seminggu sekali korang adakan masa untuk diri sendiri pun dah mencukupi. Sekurang-kurangnya dalam 30 minit pun dah okay. Apa aktiviti yang boleh korang buat semasa ‘me’ time untuk hilangkan stress ada banyak ya, antaranya ialah:
- Buat yoga atau pun senaman ringan
- Netflix and chill
- Pergi facial, manicur atau pun pedicure tak kisah lah lelaki atau pun perempuan.
- Masak atau pun baking makanan favourite korang.
- Pergi shopping.
- Tulis journal atau baca buku favourite.
- Foodhunting dan macam-maca lagi.