kempen launching

Selain Founder, Siapa Lagi Boleh Buat Kempen Launching?

Sebenarnya kempen launching ni memang salah satu cara yang terbaik untuk semua brand dan juga founder untuk tunjukkan dekat target audience dan juga potential buyer diorang punya produk yang baru. Daripada situ sebenarnya korang boleh build hype dekat korang punya target audience. Tetapi kempen launching ni tak semestinya founder je boleh buat, ramai sebenarnya golongan yang lain boleh buat jugak!

Bila dah buat kempen launching ni sebenarnya korang dah boleh agak dah berapa sales yang korang akan dapat daripada target sales yang korang ada. Senang je formula dia lagi banyak orang ramai cakap atau post tentang produk korang sama ada offline atau online lagi tinggi lah porbability untuk korang dapat banyak sales.

Kempen launching ni biasanya ni salah satu efforts brand atau bisnes yang ada ni dalam plan untuk kenalkan produk atau servis diorang dekat dalam market supaya orang ramai tahu dan boleh beli produk tu. Banyak je tujuan untuk kempen launching ni salah satunya adalah untuk dapatkan feedback daripada pengguna produk atau servis tu sendiri dan daripada situ lah baru korang boleh create momentum.

Selain daripada founder sebenarnya ada beberapa golongan lagi yang boleh buat kempen launching, nak tahu siapa? Jom baca artikel penuh di bawah.

  • Agent

Sekarang ni setiap bisnes dah banyak yang recruit Agent dan dalam setiap geng agent tu mesti diorang ada anak buah yang lagi ramai. Siapa pernah jadi agent produk dekat sini? Mesti korang ada akaun media sosial yang tersendiri kan untuk promote produk.

Jadi sekiranya ada produk baru nak keluar, daripada sini lah korang boleh buat kempen launching yang sendiri. Mungkin korang boleh buat giveaway atau teaser dekat followers supaya senang nak grab attention diorang untuk tahu produk baru apa yang bakal dikeluarkan.

  • Dropship

Biasanya dropship ni akan dapat untung lebih kurang daripada yang agent dapat kan, nak cari customer pun mungkin ada masa mudah dan ada masa juga susah. Kempen launching ni salah satu cara untuk korang dapat banyak customer.

Caranya macam mana? Korang dah boleh collect database customer untuk send marketing materials untuk kempen launching yang korang dah buat tu. Ha bukan tu je korang boleh juga mula ambil pre-order supaya senang korang dah boleh lock customer yang dah book tu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *