10 Tempat Best Berbuka Puasa Bersama Team Di Sekitar Shah Alam 2022

Adakah anda mencari tempat yang best untuk berbuka puasa dengan team bulan puasa ini? Dekat sini kami nak kongsi 10 tempat yang sedap dan instagramable. Semua restoran-restoran yang kami kongsi di sekitar kawasan shah alam.

1. Memento Cafe

Momento Cafe

Suasana cafe yang santai membuatkan ramai pengunjung selesa meluangkan masa bersama team anda. Momento Cafe menyediakan makanan italia seperti pizza dan spaghetti. Selain itu, mereka ada makanan nusantara seperti nasi lemak. Momento Cafe merupakan salah satu tempat makan best di Shah Alam.

Kalau anda nak discuss projek juta-juta dengan team anda juga boleh pekena kopi mereka, dorang punya kopi slurpp.. sikit lagi nak bertaraf internasional. Selain itu design cafe ini juga sangat instagramable sesuai untuk anda yang kaki gambar.

2. Big Brother Restaurant & Grill

Kalau anda pecinta makanan western, ini restoran yang anda patut kunjungi masa berbuka nanti. Restoran ini menyajikan makanan yang kebanyakannya dalam bersaiz besar, memang berbaloi. Konsepnya yang santai, sesuai untuk anda yang ingin meluangkan masa bersama team anda.

Menariknya menu di sini adalah rasanya yang memang sedap di samping keunikan namanya. Makanan yang dipanggang semuanya segar-segar dan ‘juicy’, memang boleh bikin sesiapa sahaja terliur!

https://www.traditionrolex.com/45

3. Nasi Kukus Boss Setia Alam

Nasi kukus boss

Ini merupakan antara restoran nasi kukus yang bukan sahaja terkenal di Setia Alam, malah di Shah Alam. Jika anda penggemar nasi kukus ayam berempah, inilah tempat makan yang wajib diserbu.

Hidangan Nasi Kukus Boss merupakan antara menu yang sangat popular di sini dek kerana keenakan ayam goreng berempahnya yang garing. Nasinya pula tidak begitu kering dan gebu sahaja. Harganya pula sangatlah berpatutan dan pastinya berbaloi dengan hidangan. Anda boleh ajak team member berbuka sama-sama di Nasi kukus Boss

4. Jeligho Molek

Instagram : www.instagram.com/jelighomolek.hq

Kalau anda teringatkan kampung halaman dan teringin makan makanan pantai timur ini lah tempatnya. Tak perlu pergi jauh-jauh dekat setia alam pun ada. Hidangan nasi kerabu daging bakar merupakan paling popular situ.

Dia punya daging bakar memang sedap potion pun banyak memang berbaloi. Kalau nak makan bersama team anda boleh cuba shell lerak. Ini menu baru tau hidangan seafood set Shell-Lerak dengan sos Cajun Butter yang istimewa dan set claypot sup ekor selera Kelantan. Kemungkinan akan ramai datang pada waktu buka nanti jadi anda boleh datang cepat ataupun book awal.

5. Homst

Homst menyediakan makanan cina muslim yang halal. Kalau anda penggemar makanan seafood dimasak dengan menu orang cina ini memang restoran yang wajib anda kena kunjungi.

Antara hidangan yang boleh dipesan termasuk ikan stim halia, ikan masam manis, udang butter, sotong telur masin dan ayam lemon. Mereka juga ada menyediakan dim sum yang memang enak, anda wajib cuba! Kalau anda nak merasai makan di kedai cina inilah tempatnya. Suasana kedai persis macam kedai cina dengan meja bulat.

6. Al Rawsha Restaurant

Teringin nak rasa pengalaman menikmati hidangan di dalam ‘istana’? Ye kalau sekiranya anda singgah ke restoran masakan Arab, Al Rawsha Restaurant. Seolah-olah anda berada di dalam zaman mesir, siapa pun akan terpegun melihat keindahan bangunan restoran ini yang kelihatan tidak ubah seperti sebuah istana lama. Lokasinya yang terletak di tepi jalan besar membuatkan restoran ini senang untuk kunjungi.

Bila anda melangkah masuk ke ruangan dalam, anda akan terpegun melihat keindahan dindingnya yang dihiasi dengan mozek pelbagai corak berbentuk ukiran pada tiang, dapat membuatkan anda terasa bukan berada di Malaysia

Restoran ini turut lengkap dengan ruang solat supaya anda tidak terkejar-kejar bila dah masuk waktu berbuka.

7. Restoran Jemari

Lepas makan di Restoran Jemari ni memang tak sah kalau anda tak menjilat jari-jemari anda. Restoran yang terletak di Seksyen 7 ini anda mesti mencuba menu paling specialnya iaitu nasi goreng ala-Thai yang dihidangkan lengkap dengan kerabu mangga, daging masak merah, cili padi, timun, bawang dan keropok.

Hidangan lain yang juga menjadi kegemaran ramai adalah tom yamnya yang cukup pekat dan pedas, harganya juga bersesuaian dengan kekayaan bahan yang digunakan.

Lepas berbuka puasa anda boleh singgah bershopping di butik-butik yang berada di sekitar situ.Tempat yang strategi memang sesuai untuk bawa team berbuka puasa

8. Polperro Steak House

Rasa nak makan makanan barat? Polperro jawapan dia, masakan barat dalam harga berpatutan di Polperro Steak House. Betapa sedapnya masakan di sini, sampaikan susah nak tengok restoran ni tiada orang. 

Walaupun sentiasa penuh, layanan yang diberikan amat baik dan sebaik anda melangkah masuk memang cukup menyejukkan hati. Pelayan yang murah dengan senyuman akan datang mengambil order.

Apa yang istimewa di sini? Antara yang mesti anda cuba adalah t-bone steaknya yang sungguh lembut dan mudah dipotong dengan sekali hirisan dan juga chicken chop combonya yang sungguh mengenyangkan. Hidangan lain yang turut ditawarkan adalah seperti hot baby scallop spaghetti, polperro carbonara, golden mushroom chicken chop dan banyak lagi.

9. Shell Out (Setia Alam)

Ingin menikmati shell out bersama team member? Apa kata anda singgah di restoran Shell Out ini, pasti anda akan berpuas hati!

Konsep restoran yang santai serta ruang yang luas membuatkan ramai pelanggan selesa menjamu selera di sini. Di bahagian menu pula ada dinyatakan cara untuk memesan makanannya. Sangat menarik!

10. Kambing Bakar Kontena

Siapa yang teringin sesuatu yang pedas dan juicy? Jika korang peminat kambing bakar, Kambing Bakar Kontena menjadi pilihan terbaik. Pasti tak akan menyesal kalau ke sini.

Nak datang ke sini waze saja KBK, korang akan dibawa ke lokasinya yang terletak di Setia Alam.Siapa kata menu kambing saja yang ada? Macam-macam menu ada,rambang mata nak memilih. Menu dekat KBK bukan biase-biase tau. Dah rasa , confirm puas hati.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top