tips buka bisnes sendiri

Terfikir Nak Mula Bisnes Sendiri? Ini 3 Perkara Perlu Dibuat!

Nak cakap pasal teringin nak ada bisnes sendiri ni, rasanya mesti deep down dalam diri masing-masing mesti ada rasa nak ada bisnes dan brand sendiri. Bila tengok orang kaya ada bisnes sendiri boleh beli apa sahaja yang diorang nak, mula lah dalam hati ‘bestnya kalau ada bisnes sendiri’. Kalau korang ada terdetik nak mula bisnes, terus je mula. Jangan banyak fikir, sebab mesti boleh succeed kalau ikut cara yang betul.

Tapi jangan lah bila dah ada bisnes sendiri tu korang bisnes pun on off, ikut suka hati je la nak bukak atau tutup bila. Kalau macam tu tak boleh eh! Kena konsisten dan berdisiplin bila buat bisnes ni tak kisah lah kalau korang mula daripada small business sekali pun. Kena tetapkan masa sendiri, kena jadi kan ni sebagai salah satu kerja korang jugak. Nampak agak susah, tetapi kalau tujuan memang nak ada bisnes yang berjaya, sebenarnya mudah je geng.

Selalunya ramai orang tak berani ada bisnes sendiri sebab risau kalau tak laku atau tak ada orang beli. Kena lah mula daripada bawah, janji flow business  tu cantik dan ada strategi yang tersendiri. Setiap masalah yang korang akan lalui tu for sure akan ada jalan penyelesaian. Kena set target dan goals untuk apa yang korang nak capa dalam masa beberapa bulan.

Untuk bagi korang ada idea macam mana nak mulakan bisnes,  ada 3 benda yang waji korang lakukan untuk mula bisnes:

1. Cari idea bisnes, do research

Sebenarnya ada banyak je cara yang korang boleh guna untuk cari idea bisnes ni, dan cara paling senang korang kena rajin buat research online. Cara yang lain pula adalah korang kena tanyay diri sendiri passion korang untuk bisnes jenis macam mana supaya nanti senang untuk korang bisnes dalam jangka masa yang panjang.

Korang kena buat research untuk:

  • Survey market
  • Study tentang produk dan servis yang akan dijual.

Untuk survey produk dan servis ni korang kena buat research sama ada apa yang korang nak buat ni satu keperluan ke tak untuk potential customer atau pada orang ramai.

2. Pilih nama brand/company sendiri

This step yang selalu buat orang pening kepala nak fikir iaitu nama untuk bisnes tu. Nama apa sebenarnya yang sesuai kalau korang bukak bisnes. Nama yang bagus untuk dipilih adalah nama yang senang potential audience nak ingat, mudah nak eja dan baca.

Sebelum nak letak nama tu, kena survey  dulu dekat semua platform media sosial dan tengok sama ada nama tu ada orang lain guna atau pun tidak. Jadi satu hal pulak kalau korang guna nama sama dengan company lain.

3. Business Plan

Apa pula yang kena ada dalam business plan ni? Dalam business plan ni kena masukkan semua yang berkaitan dengan bisnes termasuk lah

  • Background of the business
  • Syarikat punya description untuk orang ramai tahu lebih details
  • Analisis market
  • Struktur dan organisasi bisnes, flow of the business
  • Mission/goals
  • Marketing dan plan untuk financial
  • Details untuk product/servis yang akan dijual

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top