formula schedule content 2022

Formula Untuk Schedule Content Media Sosial 2022

Banyak dah artikel yang tulis tentang topik untuk schedule content dekat platform media sosial ni. Bila dah terlalu banyak sangat artikel sampai dah tak tahu dah mana satu sebenarnya yang berkesan untuk schedule content ni supaya content cepat blow up. Terlalu banyak sangat formula yang orang dah keluarkan, tetapi sebenarnya the best formula untuk schedule content 2022 ni ada dalam artikel kali ni.

Sesetengah researcher ada bagitahu yang posting dekat Facebook sehari tak boleh melebih dua posting, tetapi ada jugak yang inform kalau nak post content dalam Linked In, boleh publish setiap hari minggu dalam pukul 4-6 petang je. Tetapi sebenarnya setiap formula yang ada dekat Google tu tak semestinya betul.

Setiap akaun bisnes media sosial yang korang ada tu tak semestinya tahap keberkesanan dia akan sama macam akaun media sosial bisnes lain. Lain akaun lain effectiveness dia. Daripada nak tahu masa dan hari apa yang bagus untuk schedule content, lagi bagus kalau ada strategi yang betul. Salah satunya adalah consistency. Nak tahu lagi? Jom baca artikel penuh!

Consistency > Frequency

Alternatif yang bagus sebagai formula untuk publish content adalah korang kena target untuk post content secara consistent dekat semua platform media sosial yang ada. Kena ada plan dan disebabkan itu lah content bank dan content calender ni penting. Lets say, korang dah plan untuk create dan publish content dekat semua platform sehari dua content, jadi korang kena maintain kan jumlah content yang akan di publish tu.

Jadi, audience dan potential customer pun akan rasa senang sebab setiap hari diorang tahu akan ada new content yang di publish di semua platform media sosial yang ada, jadi diorang tak perlu lompat ke platform lain untuk cari information yang tertentu. Audience pun tak ada lah nak lari ke akaun lain.

Quality > Quantity formula

Post content di media sosial memang bagus, lagi-lagi kalau korang post dekat semua platform tu secara konsisten. Tetapi apa yang tak bagusnya adalah bila korang publish content yang tak berkualiti. Jangan lah disebabkan nak post content secara konsisten, last-last pakai post apa yang ada je.

Kena filter dulu semua content sebelum nak publish, kalau selalu sangat post content yang kurang berkualiti sebenarnya lama-kelamaan ia akan buat followers lari. Lagi bagus kalau korang publish content yang boleh relate dengan isu semasa. Kalau boleh elakkan untuk publish content yang berkaitan politik sebab tak semua orang akan ada pendapat yang sama.

Boleh lah cari content yang boleh buatkan orang ramai senang nak engage dengan content tersebut. Baru lah masuk akal, ha lagi satu kalau korang amik content daripada page lain kalau boleh letak kredit. Jangan la terus curi content tu nanti lain pulak jadinya kan. Bertambah besar lah isunya nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *